ASSALAMMUALAIKUM

ASSALAMMUALAIKUM

Tuesday, April 28, 2015

Takkan kemana-mana

Percayalah
Kalau kita gembira diatas kesedihan orang lain,kegembiraan yang kita dapat tu takkan mampu buat kita kemana-mana
Kehidupan tu putaran dia macam roda
Kalau tak kena kat diri kita sendiri,mungkin balasan tu akan terkena pada orang-orang disekeliling kita
Karma tak wujud dalam kehidupan kita sebagai umat islam
Tapi balasan Allah,itu yang pasti.



Friday, April 17, 2015

SAYA SAYANG TUN.M

Asssalammualaikum.
Baru-baru nih aku ade dengar luahan hati seorang yang sangat aku hormat dan sangat aku sanjung sebagai seorang yang telah banyak berjasa untuk rakyat Malaysia
Dan ya..beliau adalah TUN DR MAHATHIR MOHAMAD.

Kata beliau : '' Saya sedar , saya keseorangan "

Maaf Tun..
Tun salah..
Tun tak pernah keseorangan.
Kami sentiasa menyokong Tun dari belakang.
Mana mungkin kami akan melupakan Tun semudah itu setelah 22 tahun Tun berusaha keras untuk membangunkan Malaysia dengan pesatnya.
Mana mungkin kami akan melupakan jasa-jasa Tun setelah 22 tahun Tun mentadbir kerajaan sehingga dikagumi dan dikenali seluruh dunia,
Mana mungkin kami akan membiarkan tun keseorangan setelah 22 tahun Tun menjadi tulang belakang utama dalam memajukan ekonomi negara tanpa "menyakiti "rakyat walau sedikit pun.

TIDAK TUN!! TUN TAK PERNAH KESEORANGAN.
Kami akan sentiasa bersama pemimpin yang selama ini telah mengorbankan segala-galanya termasuk kepentingan keluarganya demi untuk agama, bangsa dan negara.
Kami akan sentiasa menyokong seorang tokoh yang telah menghabiskan tiga suku daripada kehidupannya untuk berbakti kepada negara dan itu adalah TUN DR MAHATHIR MOHAMAD.



 aku suka sangat ayat Dato Siti yang last tu.. "TIADA YANG MUDA KALAU TIDAK KERANA ORANG TUA"

Sekali lagi,TUN DR MAHATHIR MOHAMAD,ANDA TIDAK PERNAH KESEORANGAN.
Tun telah melakukan segala-galanya demi untuk negara selama 22 tahun dan untuk itu Tun layak untuk mendapat sokongan daripada kami.

Saya sayangkan TUN DR MAHATHIR MOHAMAD.
Semoga Allah sentiasa melindungi Tun.

P/S: Yang keseorangan adalah mereka-mereka yang tak pernah menghargai apa yang telah Tun perjuangakan selama 22 TAHUN dan PERCAYALAH,mereka juga tidak mempunyai sokongan kuat dan padu seperti mana yang Tun peroleh.